Perginya Yaya anak syurga, ” Hilang segala kesakitan bertahun ditanggung ”


Pesakit Kanser Hati adik Yaya menghembuskan nafas terakhir pagi ini selepas mederita akibat sakitnya.

Berita pilu ini ditulis oleh Ustaz Maliaman Kassim melaluai fbnya ” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali, Al-fatihah.

Menerima perkhabaran yang mengejutkan dan menyedihkan pagi ini, Sangat sangat terkejut dapat berita kematian adik Yaya.

Ustaz Maliaman Kassim ketika menziarah arwah adik Yaya dan keluarga.

Pemergianmu sentiasa menjadi ingatan. Adik Yaya telah meninggalkan kita selamanya, sebak tidak terungga banyak kenangan bersama arwah.

Akhirnya adik Yaya Pergi Jua setelah bertahun bertarung ny4wa dan melawan Penyakit k4nser Hati Yang dihadapi. Berehatlah dengan tenang sayang.

Takziah buat ahli keluarga adik Yaya, berehatlah sayang, Moga roh arwah adik Yaya, ditempatkan bersama orang yang soleh.

Sebelum ini rakan fb Cokelat Hazel menulis ” Assamualaikum semua yg mengenali yaya, Yaya sedang berjuang dgn k4nser hati tahap akhir sekarang ni. Sel k4nser dah menyerang dan makin merebak dgn agresif.

Pada 14.2.22 doktor dah pembed4han buang 70% hati yaya yang dah rosak, Tinggal lagi 30% hati yang juga rosak dan masih ada sel k4nser, Kim0terapi diteruskan sehingga habis sesi.

Selepas perbincangan kes yaya di HKL, Hospital Putrajaya, HSNZ dan juga ibu yaya, doktor buat keputusan utk hentikan rawatan buat yaya sbb sel kanser dia sgt2 kuat sehingga tak ada tindakbalas ke atas kim0terapi yg dah dibuat Dan sekarang dah merebak hingga ke organ lain.

Berkaitan dgn pendermaan hati untuk yaya, itu adalah pilihan terakhir yg ada. Namun tiada penderma yg sesuai utk yaya walaupun ibu yaya sendiri.

Yaya memerlukan hati daripada adik beradik kandung seibu dan sebapa,Ada seorang je kakak yaya yg boleh derma utk yaya tapi masih belum cukup umur lagi.

Doktor pun ada pesan supaya tunaikan apa sahaja yg yaya nak dan kalau yaya nk pergi ke mana mana bawalah dia, Sehinggalah saat ni, kami semua berusaha untuk k tunaikan segala hajat dan keinginan yaya.

Doktor akan bagi rawatan asas sahaja utk yaya selagi nyawa dikandung badan bukan rawatan khusus utk k4nser.

Plan doktor buat masa sekarang, hanya buat pemindahan darah sebab hb rendah dan nak masukkan tiub untuk minum susu sebab yaya sakit dah tak makan tak minum.

Perut dia makin bengkak sakit dan mata dia pun dah kuning menunjukkan keadaan hati yaya yang dah kritikal.

Kun Fayakun, hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya yg tersimpul dan tersirat. Sama2 kita doakan buat anak syurga ni semoga diangkat segala sakit yg dia tanggung dan dipermudahkan segala urusan yaya di dunia dan akhirat serta dikurniakan keajaiban.

Mudahan Allah beri kekuatan utk ibu yaya dan kami semua yg di sekeliling yaya utk terima ujian ni dgn redha.

Semoga keluarga arwah adik Yaya tabah yang maha esa lebih sayangkan dirinya berakhir sakit yang dideritainya moga dia tenang disana. Al fatihah.