“Saya Baru Niat Nak Mencari Dia…” Rider M4ut Dilangg4r, Wanita Terkilan Tak Sempat Ucap Terima Kasih Kerana Menolongnya Semasa Dalam Perjalanan Hendak Pergi Ke Hospital


“Saya Baru Niat Nak Mencari Dia…” Rider M4ut Dilangg4r, Wanita Terkilan Tak Sempat Ucap Terima Kasih Kerana Menolongnya Semasa Dalam Perjalanan Hendak Pergi Ke Hospital

Sebak dan hiba, itu perasaan yang menggambarkan seorang wanita apabila dia mendapat tahu ‘rider’ Foodpanda yang pernah menolongnya meningg4l dunia akibat dilanggar pemandu disyaki m4buk di Segamat, Johor.

Menerusi perkongsian video Tiktok oleh @JajaED, wanita itu pada asalnya ingin mencari kembali seorang penghantar makanan yang menolongnya semasa dalam perjalanan hendak pergi ke hospital untuk bersalin.

Namun hajatnya tidak kesampaian apabila dia mendapat tahu, penghantar makanan itu rupanya telah meningg4l dunia pada 21 September akibat kem4langan, sehari selepas dia ditolong lelaki berkenaan untuk ke h0spital.

Wanita yang bernama Nurr itu turut mengirimkan gambar kepada pemilik Tiktok tersebut untuk mengenal pasti sama ada lelaki berkenaan adakah merupakan orang yang sama ataupun hanya pelanduk dua serupa.

Bagaimanapun setelah disahkan identitinya, Nurr berasa terkejut dan menggigil kerana tidak menyangka bahawa lelaki yang baru sahaja menolongnya telah kembali ke Rahmatullah pada hari seterusnya.

“Saya baru niat nak mencari dia, dia tolong saya pada 20 September kira-kira pukul 5. Saya s4kit nak bersalin, dia bantu buka jalan untuk laluan kami. Ya Allah menggigil saya bila dapat tahu dia orang yang sama,” katanya menerusi mesej di Tiktok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk rider tersebut.

“SubhanAllah, semoga roh abang Foodpanda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan semoga kita dapat contohi sikap arwah,” ujar Nur Cahaya yang merupakan salah seorang yang memberi komen.

“Arwah meningg4l di hari Jumaat, semoga Allah ampuni beliau dan tempatkan bersama para syuhada dan solihin,” kata Muttaqin di ruangan komen.

Difahamkan, penghantar makanan yang bernama Rudi Hermawan Sumarno telah menolong membuka jalan untuk Nurr semasa dia dalam perjalanan ke hospital. Rudi dilapor terlibat dalam satu kem4langan jalan raya di Jalan Muar-Segamat pada Khamis lalu dan disahkan sudah meningg4l dunia.

TONTON VIDEO

Baru-baru ini pula turut berlaku kejadian hampir serupa melibatkan penghantar makanan yang maut dirempuh kenderaan dalam satu kejadian di Klang.

Sumber: Tiktok JajaED via siakapkeli