"SAYA Rasa Nak Menangis" Satu-Satunya Seniman Negara Yang Masih Hidup, Ini Kata Datuk Ahmad Nawab

 Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Ahmad Nawab anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Istana Budaya (IB) bersama Bin Jamal Event Sdn Bhd ini akan berlangsung selama tiga hari bermula malam ini hingga Ahad. Persembahan dijayakan oleh barisan anak didik Ahmad Nawab iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Shidee dan Wany Hasrita.