Eizreel tak sempat lihat anak ke 3, ” Ajal kemalangan sehari sebelum tarikh isteri bersalin ”

 


Penunggang motosikal yang m4ut dalam kem4langan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor di sini semalam, tidak sempat menatap wajah anak ketiganya yang dijangka lahir pada ming­gu hadapan.

Norhanazielah Hanazi, 28, berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arw4h suaminya, Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi, 25, pada pukul 4.30 pagi semalam.

Wanita itu pergi ke lokasi kejadian walaupun sarat me­ngandung untuk melihat sendiri keadaan suaminya selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh rakan-rakan.

Lagi bertambah pilu apabila anak-anak berusia lapan dan empat tahun menangis apabila diberitahu bapa mereka men1ng­gal dunia.

Saya pula sedang menghitung hari untuk bersalin anak ketiga kami yang dijadualkan pada 27 Julai ini. Arw4h yang paling tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini dan segala kelengkapan sudah siap dibeli, katanya ketika ditemui semalam.

Norhanazielah memberitahu, arw4h suaminya menghantar pesanan WhatsApp pada pukul 2 pagi untuk bertanyakan tentang keadaannya dan anak-anak.

Seiapa ada niat ingin membantu Puan Noranazielah yang sedang menunggu masa bersalin ini buat sumbangan ke akaunnya ini, semoga dia tabah kehilangan suami tersayang.

Cerita wanita itu, sejak ke­belakangan ini, arw4h mahu sentiasa berdamping dengannya dan anak-anak di rumah.

Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan,katanya yang membe­ritahu suaminya bekerja sebagai runner.

Selain Muhamad Eizreel, turut terkorb4n dua rakannya iaitu Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19.

Jen4zah Muhamad Eizreel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara. Al fatihah.