(Video) Dis3rang Sindrom “Ramsay Hunt”, World Tour Justin Bieber Di Malaysia Mungkin Dibatalkan


(Video) Dis3rang Sindrom “Ramsay Hunt”, World Tour Justin Bieber Di Malaysia Mungkin Dibatalkan

KECOH pada bulan Mac lalu apabila Justin Bieber selaku selebriti popular dunia mengumumkan konsert World Tour pada bulan Oktober ini yang turut menyertakan Malaysia dalam senarai.

Pengumuman tersebut berjaya disambut baik oleh para peminat Justin Bieber di Malaysia di mana tiket jualan beliau berjaya terjual dalam tempoh 3 jam sahaja.

Dalam pada itu, siapa sangka selebriti yang dinantikan ramai ini dilaporkan dis3rang dengan sindrom ‘Ramsay Hunt’ di mana sindrom ini akan meny3rang bahagian bibir, mata dan separuh riak wajah membuatkan pesakit seakan lum.puh separuh muka.

Rakaman dari Justin Bieber

Perkara ini turut disahkan oleh Justin Bieber sendiri menerusi perkongsian terbaru di Instagram beliau yang memaklumkan sakit yang dialami serta mengharapkan orang ramai memahaminya. Perkongsian beliau di Instagram turut mendapat perhatian para selebriti serta rakan beliau yang mengharapkan beliau kembali sembuh.

Menurut perkongsian di Facebook Dr Yazeed Hair Johari, penyakit ini berpeluang untuk sembuh sekiranya menerima rawatan fisioterapi dan magnetotherapy dalam tempoh sekitar beberapa bulan. Walau bagaimanapun, terdapat pesakit yang terpaksa menanggung sindrom ini dalam tempoh yang lebih panjang serta mengalami pekak dan lum.puh kekal.

Melihat kepada tempoh rawatan yang diperlukan untuk kembali pulih, berkemungkinan konsert World Tour Justin Bieber yang turut menyertakan Malaysia dalam senarai mungkin dibatal atau ditangguhkan. Justin Bieber juga turut mengesahkan konsert beliau di Amerika Syarikat dalam masa terdekat telah disahkan batal.

Sumber: kiniberita.info