“Sudah-sudahlah mengh1na niqabis” – Pakai Purdah Bukan Nak Popular, Untuk Hidupkan Sunnah
Bukan mudah mahu menghidupkan sesuatu yang diluar kebiasaan masyarakat, apatah lagi jika ianya berkait dengan agama dan cara hidup. Sesuatu yang berbeza kɛrap kali dijadikan isu perdɛbatan sehingga terluncur kata-kata yang tidak sepatutnya di ruang komen media sosi1l.
Menurut penulis, Mirza Hanin, ada kalanya tanggapan masyarakat terhadap wanita yang mengenakan purdah cukup mengecɛwakan dan berb4ur t0ksik. Ulasnya ramai yang menyatakan purdah hanyalah sunnah dan tidak wajib, jadi tidak perlu menyusahkan diri dengan pakaian sebegitu.
Jelasnya, selagi niqabis tidak melanggar syariat, maka sokonglah mereka. Malah pemakaian niqab adalah bertujuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, bukan untuk meraih populariti.
Ikuti perkongsiannya.
“Tentang Hal Yang Tidak Terluah”.
Semalam, saya ternampak satu video niqabis yang menjawab kata-kata netizen “budak-budak purdah sekarang dah lain macam dekat tikt0k.” Kemudian, saya buka ruangan komen dan saya tengok seseorang komen ‘saya tengok tikt0k awak tak ada yang pɛlik pun. Semua ok…
Maha Suci Allah.
Niqabis tu post video di tikt0k sebab dia niaga niqab. Video-videonya Alhamdulillah menutup aurat. Bahkan ada juga sesetengah video itu ditutupnya dengan emoji di bahagian mata.
Kemudian, saya terbaca lagi komen-komen berb4ur nɛgatif wa t0xic yang Masya-Allah.
Antaranya :
– Islam tu mudah. Tak payah nak sus4hkan diri dengan pakaian sebegini.
– Niqab tu sunah je. Bukannya wajib. Bukak je lah. Ni kan Malaysia.
– Alahh bod0hnya! Dekat negara Arab tu orang perempuan pakai macam ni sebab nak elak dari habuk dan pasir.
– Biasanya yang tutup gini ni, tak cantik pun. Kalau cantik, mereka buka.
– Budak-budak kalau tengok orang pakai macam ni, dorang jadi t4kut.
Ya Allah sedihnya saya baca walaupun orang cakap dekat dia (niqabis tu, bukan dekat saya).
Saya cuma nak cakap :
1. Hidup seseorang adalah pilihan seseorang. Mereka berhak untuk menjalani hidup dengan buat perkara sunah. Memang tak berd0sa kalau tak buat. Tapi kalau buat, dapat pahala. Yang berd0sa tu kalian sebab larang orang hidupkan sunnah bahkan hɛrdik orang memakai pakaian sunnah.
2. Sebagai seorang muslimah yang juga berniqab, ianya sedikit pun tidak menyusahkan kami. Bahkan memudahkan. Mudah bersiap, tak perlu fikir nak make up, tak perlu risau kalau tudung kot0r waktu makan sebab niqab boleh cover. Bahkan sesikit demi sedikit berasa malu nak buat d0sa. Sungguh, kami tak rasa susah pun untuk berniqab ni. Jangan risau!
3. Niqab bukan sebab negara. Kalau duduk Malaysia pun pakai niqab, kalau duduk Arab pun kami pakai. Ianya pakaian sunnah. Bukan sebab habuk, debu semata-mata.
4. Kami pakai bukan sebab kami buruk. Kami pakai juga bukan sebab kami cantik. Kami pakai kerana Allah. Kami pakai nak hidupkan sunnah keluarga Rasulullah. Kami pakai, kami dapat pahala. Kalau pakai, awak tak berd0sa. Jadi, apa yang dengki sangat?
5. Budak-budak takut tengok kami? Ibubapalah yang berhak memahamkan mereka. Ibabapa berhak mencorakkan anaknya. Sama ada nak agungkan pakaian sɛksi sana sini tak tutup aurat supaya anak tak takµt. Atau memartabatkan pakaian sunnah. Ibu bapa boleh cerita burµk dan baik. Anak-anak ibarat span. Mereka serap apa sahaja ilmu baru yang mereka tahu.
Sudah-sudahlah menghina niqabis. Selagi mana niqabis yang kalian jumpa itu tidak mel4nggar syariat, maka sokonglah. Mereka cuma nak berniaga. Selagi mana tatacara perniagaan mereka halal, maka sokonglah.
Tak dinafikan ada niqabis yang sekadar inginkan populariti. Tapi, tak semua niqabis begitu.
Zaman sekarang zaman sukar. Wanita berniqab nak dapat kerja adalah sesuatu hal yang hampir mustahil. Jadi, dengan berniaga saja mereka boleh beroleh sumber kewangan untuk sara hidup.
Sudah-sudahlah ya.
Sudah-sudahlahhhh…
Sumber Mirza Hanin.




