Polis Narkotik IPD Nilai maut , ” Preve Kpl Azam dilanggar lori ais tayar pecah ”

 


Seorang anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai m4ut membabitkan dua buah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer (KM) 4, arah selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, m4ngsa, Koperal Mohamad Nor Azam Osman m4ut dalam kem4langan sekitar jam 7 pagi tersebut.

Pada jam 7.40 pagi, pusat gerakan Nilai menerima panggilan memaklumkan ada kem4langan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve selepas Tol Kajang.

M4ngsa merupakan anggota IPD Nilai yang bertugas di cawangan narkotik, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba Semenyih dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.59 pagi.

Katanya, kem4langan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve dan lori yang membawa muatan ais di mana kedua-duanya didapati telah terbalik di laluan berkenaan.

Pemandu kereta m4ut di tempat kejadian telah dibawa keluar oleh orang awam dan kereta tersebut terbakar 30 peratus di bahagian enjin.Al fatihah.