Dia Mengadu Tidak Kuat, Penat – Bagai Hil4ng Seorang Kakak & Ibu Penyayang, Fazley Yaakob


Bagai hilang seorang kakak dan ibu penyayang, penyanyi dan cef terkenal, Datuk Fazley Yaakob mengakui cukup terkesan dengan pemergian permata seni, Allahy4rham Adibah Noor yang meningg4l dunia petang semalam.

Kata penyanyi lagu Asmara Ini itu, arw4h merupakan seorang rakan artis yang terlalu penyayang, yang diibaratkan umpama ‘payung’ kepada semua artis.

“Saya kenal arw4h begitu lama, 22 tahun. Berlakon dan buat pengacaraan bersama. Kami menjadi semakin rapat sewaktu sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8).

“Dia seorang pemain industri yang hebat. Walaupun namanya gah di persada seni, dia merendah diri dan tidak kedekµt ilmu.

“Dia terlalu penyayang… ibarat seorang kakak dan ibu yang prihatin. Kita kehilangan satu permata (seni) yang umpama ‘payung’ kepada semua artis,” katanya.

Fazley merupakan antara rakan artis termasuk Datuk AC Mizal dan isteri, Emilia Rosnaida, Datuk Zainal Abidin dan Datuk Afdlin Shauki yang berkesempatan hadir ke hospital Gleaneagles petang semalam.

Kata Fazley, beliau sempat menjenguk jen4zah sebelum dipindahkan ke bilik may4t.

Bercerita tentang memori bersama Allahy4rham, Fazley memaklumkan bahawa dia sedar arw4h memperlihatkan perubahan pada fizikal dan stamina lebih-lebih lagi ketika mereka sama-sama menyertai GV8.

“Pada minggu pertama lagi, saya lihat dia tidak sekuat dahulu. Tubuhnya seakan menyµsut dan lebih banyak duduk sebab mudah penat.

“Saya pernah mengadu, saya dah tak larat nak sertai GV8. Katanya, kalau saya tak larat, apatah lagi dia. Dia tidak pernah memberitahu apa-apa. Cuma katanya dia tak sihat. S4kit dan sedang mel4wan kes4kitannya.

“Bila dia berkata begitu, saya sudah dapat mengagak, k4nser. Hanya pes4kit (k4nser) yang akan kata begitu. Dalam keluarga saya, ada yang diuji k4nser. Ayat mereka juga sama,” kongsinya.

Pada masa sama, Fazley memaklumkan kenangan terakhir bersama arw4h adalah ketika mereka menjayakan penggambaran video muzik Suasan Di Hari Raya April lalu.

“Saya ada bertanyakan tentang keadaannya. Katanya dia tak kuat. Penat.

“Saya pegang tangan dia, pelµk dia. Kata saya kepadanya, apa juga yang dia hadapi, kekal kuat. Air matanya mengalir. Dalam hati, saya tahu dia mender1ta.

“Saya bercadang untuk jumpa dia minggu ini, bawa dia makan di restoran saya. Tapi hasrat itu tidak sempat saya tunaikan. Gugµr jantung saya setelah menerima perkhabaran dia sudah tiada,” ujarnya.

Allahy4rham menghembµskan nafas terakhir di Hospital Gleaneagles petang semalam akibat k4nser 0vari tahap empat.

Jenaz4hnya akan disemadikan pagi esok (Ahad) di Tanah Perkµburan Islam Tanah Keramat Permai sebelum waktu Zohor.

Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh… Al-Fatihah

Sumber UM.