Misteri kehilangan OKU terungkai ,” jasad Hadi yang hilang 12 hari ditemui ditepi sungai ”


Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang hilang sejak 12 hari lalu ditemui men1nggal dunia dalam hutan di tepi sungai Kampung Tanjung Aur, Jalan Pantai Ali di sini, hari ini.

M4yat Abdul Hadi Ismail, 37, ditemui pencari buluh yang juga penduduk kampung itu kira-kira 9.30 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak polis pada 2 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, m4ngsa berasal dari Kampung Tasek Titian Haji Abas, Marang ditemukan 15 meter dari tebing sungai.

Saksi memaklumkan melihat m4yat lelaki tidak dikenali dalam keadaan tertiarap ketika mencari buluh lemang di tepi sungai berkenaan, Turut ditemui motosikal Honda Wave Repsol berwarna oren, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Adli berkata, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menjalankan siasatan di lokasi bersama petugas perubatan yang mengesahkan mangsa sudah men1nggal dunia.

M4ngsa yang ditemui lengkap berpakaian dengan keadaan fizikalnya, kaki kanan kudung paras lutut, Ada dua tongkat di sisi m4ngsa dan siasatan awal forensik mendapati kem4tian m4ngsa tiada unsur jen4yah, katanya.

Katanya, m4yat m4ngsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan keapda keluarga.Al fatihah.