‘Kegembiraan 3 Saudara Bertukar Tr4gedi’ – Dua Lem4s, Se0rang Lagi Hil4ng Ketika Mandi Sungai.


Kegembiraan tiga bersaudara mandi di sungai bertukar trag.edi apabila dua daripada mereka le.mas, dengan seorang lagi masih hila.ng dalam keja.dian di Sungai Pasir Kelang, di sini, petang tadi.

Keja.dian berlaku ketika tiga man.gsa berusia 12 dan 15 tahun yang juga warga Thailand itu, pergi memancing di sungai berkenaan bersama dua rakan lain.

Ma.ngsa yang le.mas dikenali Nik Adib Tuan Tengah, 12 dan sepupunya, Nik Nabila Tuan Tengah, 15, manakala seorang lagi sepupu mereka, Ku Nabila Ku Zaid, 15, sehingga kini belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, hasil sias.atan mendapati lima individu termasuk tiga bersaudara itu pergi memancing di kawasan tepi Jeti Pengkalan Feri di Sungai Pasir Kelang.

Bagaimanapun, katanya kira-kira jam 4.30 petang, tiga ma.ngsa pergi mandi di sungai berdekatan sebelum tiba-tiba mereka dibawa arus sungai.

“Dua rakan mereka yang melihat keja.dian itu segera meminta bantuan orang kampung untuk menyelamatkan ma.ngsa,” katanya.

Suzaimi berkata, penduduk kampung yang datang membantu bagaimanapun hanya menemui seorang daripada tiga ma.ngsa terbabit iaitu Nik Nabila kira-kira jam 6.30 petang yang kemudian disahkan sudah menin.ggal dunia.

Seorang lagi ma.ngsa iaitu Nik Adib ditemui le.mas oleh penduduk kampung jam 9 malam tadi.

Beliau berkata, pasukan penyelamat terdiri Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan B0mba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digerakkan pada jam 5.30 petang untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi SAR akan disambung dan diteruskan jam 7 pagi esok dengan bantuan penduduk setempat sehingga seorang lagi ma.ngsa ditemui,” katanya.

Sumber : bh