Ber4ng Tak Dapat Anak Lelaki Sebagai Anak Sulung, Ayah Temb4k 5 Das Bayi Perempuan Baru Lahir
Seorang lelaki Pakistan telah ditahan disy4ki temb4k bayi perempuan berusia tujuh hari semata-mata kerana mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung. Memetik daripada akhbar Dailymail, bayi bernama Jannat yang membawa maksud ‘syurga’ dalam bahasa Urdu ditem4ak sebanyak lima kali pada Isnin lalu di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan.
Kata p0lis, suspek didakwa memasuki rumah lalu mengarahkan isterinya menyerahkan anak kecil itu sebelum menembak m4ti bayi berkenaan. Selepas kejadian, suspek yang telah berkahwin selama dua tahun itu telah melarikan diri sebelum dit4han ketika berada di daerah berhampiran, jelas pegawai p0lis.
Bapa saudara kepada bayi tersebut telah membuat aduan rasmi terhadap suspek atas kes pembvnuhan itu. Jelasnya, suspek tidak pulang ke rumah selepas mendapat tahu isterinya melahirkan anak perempuan dan enggan menerimanya.
Ketika kejadian, isteri dan saudara suspek cuba untuk merampas semula bayi berkenaan tetapi gagal kerana suspek telah meng4cukan pist0l ke arah mereka dan mengvgut akan menemb4k mereka jika bergerak. Kes tembak bayi perempuan itu telah mencetuskan kem4rahan di Pakistan. Orang ramai mengecam tindakan seorang bapa tersebut yang menyebabkan kem4tian seorang bayi yang tidak berd0sa.
Sumber: Daily Mail via majalahutusan
