Ustazah Raihan & 3 anak mautt , ” MPV mereka dirmpuh 4WD pmandu lalok ”


Empat sekeluarga yang terdiri daripada ibu dan tiga anak m4ut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dirempvh sebuah pacuan empat roda (4WD) yang dipercayai mel4nggar lampu isyarat merah di simpang lampu isyarat susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) berhampiran Kampung Lebu di sini hari ini.

Difahamkan m4ngsa yang m4ut dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu adalah seorang wanita dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kesemua m4ngsa yang menaiki MPV jenis Toyota Velfire tersebut dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis kenduri kahwin.

Berdasarkan keterangan daripada saksi kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara berkenaan telah mel4nggar lampu isyarat merah sebelum melanggar MPV berkenaan.

Siasatan awal pihak polis mengesyaki pemandu pacuan empat roda itu juga berada di bawah pengaruh d4dah dan siasatan masih giat dilakukan, katanya di sini hari ini.

Pemandu 4WD dibawah pengaruh dad4h

Tambahnya pemandu MPV dan pacuan empat roda berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian mendapati terdapat enam mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Empat m4ngsa yang m4ut terdiri daripada satu perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki manakala dua lelaki dewasa mengalami keceder4an.

Pasukan bomba memastikan tiada lagi m4ngsa dalam kenderaan selepas kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam,” ujarnya.

M4ngsa yang m4ut dalam kejadian itu ialah penumpang MPV Raihan Mohamad,43, dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd. Nazri,14; Ahmad Muaz Mohd. Nazri,7, dan Ahda Imtinan Mohd.Nazri,4, manakala pemandu MPV yang juga suami m4ngsa mengalami keceder4an.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, pemandu MPV mengalami keceder4an di bahagian tangan manakala pemandu pacuan empat roda mengalami keceder4an di bahagian kepala.

M4yat m4ngsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat manakala pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Navara dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut, ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan ujian awal saringan air kencing terhadap pemandu pacuan empat roda mendapati positif d4dah. Al fatihah.