Semangat kuat cari rezeki, akak jadi ‘rider’ Foodpanda bawa anak hantar pesanan


Jika kita merasa diri ini susah, sebenarnya, ada lagi susah perlu menjalani kehidupan. Namun, disebabkan desakan dan tuntutan mencari pendapatan, segala kesulitan perlu diatasi demi menyuap nasi kemulut sendiri dan keluarga.

Bawa anak jadi rider Foodpanda

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila berkongsi video rider Foodpanda wanita yang bekerja sambil membawa anaknya.

Anak kecil yang mendukung anaknya di bahagian depan sambil menunggan motosikal. Hal tersebut membuatkan pengguna TikTok dikenali sebagai @mamayayahumarsoleh berasa begitu sebak dan berharap dapat membantu wanita itu bagi meringankan beban yang sedang digalas.

Ada anak cacat?

Selepas video tersebut tular, seorang rider Foodpanda telah meninggalkan komen dengan mendakwa mengenali wanita itu dan mengesahkan yang dia memang membawa anak ketika bekerja.

Lebih menyedihkan, pengguna TikTok berkenaan memaklumkan yang anak wanita itu tidak berapa sihat kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua belah matanya.

 

Oleh sebab tu ramai yang betanya tentang lokasi wanita itu bekerja kerana ingin memberikan bantuan agar mampu memberikan sedikit sumbangan kepadanya.

Semoga Allah sentiasa menjaganya

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata berasa simpati dan sebak melihat video tersebut. Mereka juga berharap agar kakak itu diberi kekuatan, kesabaran dan terus dimurahkan rezeki walaupun berada dalam keadaan yang agak sulit.

Semoga beliau terus sentiasa diberi kesihatan yang baik agar boleh terus mencari rezeki buat diri dan anak tersayang.

Semoga akak ni diberi kesabaran & dimurahkan rezeki

Sebaknya! berjurai air mata

Ada yang pernah alami perkara sama

Dalam kita mengeluh ada yang lagi susah rupanya

Sumber: TikTok @mamayayahumarsoleh